December 11, 2010

Tamat Training Untuk ke S.Alam

(Em...tak tahu nak mula camane...so harini hari sabtu 11.12.10, kteorang seramai 13 anggota telah tamat latihan untuk menjalani pertandingan kat s. alam nanti...akhirnye sejak 1 haribulan(bagi yang datang time tu), inilah masa tuk berehat...tapi tak dapat dinafikan berdebar juga hati ni ble dah sampai kat sane NANTI...)

Kor Sispa UMP telah menghantar 13 anggota untuk Perjumpaan Sispa Kali-1 di UiTM S.Alam. sedikit sebanyak tentang perjumpaan ini adalah ia kali pertama diadakan untuk kor sispa seluruh malaysi dengan matlamat pentauliahan bagi yang sudah tamat mengikuti latihan kor sispa.

Kor Sispa UMP(1st batch)  telah menyertai pertandingan kawad pam pili bomba 4 dan pertadingan kemahiran pertolongan cemas. setiap ahli yang terlibat telah dipanggil balik untuk menjalani latihan secara intensif di ump bermula 1 haribulan lagi.

Sejak 1 haribulan segala penat lelah telah terbalas dengan tindakan yang pantas ketika latihan tersebut. Berberapa masalah telah dapat diatasi dan kami semua berharap dapat menaikkan nama Kor Sispa UMP di mata universiti-universiti lain.

Akhir kata"yang sikit tak semestinya lemah, yang kuat tak semestinya mantap".
Wasalam

December 8, 2010

INFO Kor SISPA UMP

SISWA-SISWI PERTAHANAN AWAM

Penubuhan kursus badan beruniform di Universiti sebagai kursus kokurikulum adalah bertujuan untuk meperkasakan soft skill di kalangan pelajar. Kursus pasukan beruniform ini dapat memberi nilai tambahan kepada pelajar dari segi soft skill. Di samping penekanan kepada pencapaian akedemik yang cemerlang. Secara spesifiknya kemahiran yang dapat diterapkan melalui kokurikulum SISPA ini ialah semangat kerja berpasukan, memupuk nilai jati diri dan cintakan kepada tanah air.


OBJEKTIF

Untuk memberi kesedaran dan pendekatan yang lebih efisyen terhadap golongan profesional betapa pentingnya pengurusan bencana dan peranan Pertahanan Awam dan menarik minat mereka untuk lebih cenderung berkhidmat sebagai anggota sukarela.



Menyebar dan mendidik mahasiswa mengenai langkah-langkah keselamatan diri dan orang awam sepanjang masa bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber, bertanggungjawab serta mempunyai kepakaran khusus dalam Pertahanan Awam.



Melahirkan mahasiswa yang bergiat aktif dengan Pertahanan Awam sebagai Pegawai Pertahanan Awam yang berkaliber, berpendidikan, bertanggungjawab serta berkemahiran dalam melaksanakan tugas serta dapat menyumbangkan idea dan kepakaran akademik untuk memantapkan lagi pengurusan Pertahanan Awam.


KEANGGOTAAN


Pendaftaran untuk menyertai Kor SISPA adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut :


i. Warganegara Malaysia.

ii. Pelajar-pelajar IPTA/ IPTS yang berusia 18 tahun ke atas.

iii. Sihat tubuh badan ( pengesahan pegawai perubatan jika diperlukan ).

iv. Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam yang lain.

v. Pendaftaran adalah disokong oleh pihak IPTA/ IPTS.

vi. Berdaftar sebagai anggota pasukan Pertahanan Awam Malaysia.

vii. Mengajukan permohonan dengan mengisi borang permohonan.



BAYARAN ELAUN

Anggota Kor SISPA yang telah sah keanggotaannya layak menerima elaun jika mengikuti latihan yang di anjurkan oleh Jabatan Pertahanan Awam. Latihan tersebut tidak termasuk latihan kokurikulum di IPTA/ IPTS.

Pegawai Penyelaras adalah layak menerima elaun mengikut pangkat yang disandang sepertimana kadar yang ditetap dan diterima pakai oleh mana-mana pekeliling Kerajaan.

Elaun jurulatih dan pembantu jurulatih yang mengajar aktiviti kokurikulum Kor SISPA akan dibayar oleh pihak universiti mengikut kadar IPTA/ IPTS masing-masing.

SUKATAN LATIHAN

Pihak Pengurusan IPTA/IPTS adalah digalakkan untuk mengadakan kursus kokurikulum Kor SISPA selama 4 semester. Bagi memenuhi keperluan silibus serta memahirkan mereka dari segi kemahiran, latihan luar/ medan akan diadakan setiap semester.


Anggota Kor SISPA akan mengikuti kokurikulum Pertahanan Awam selama 4 semester. Sijil asas akan diberikan oleh Jabatan kepada mahasiswa yang menamatkan semester 2 dengan jayanya.


Pada semester ketiga, Kor SISPA didedahkan dengan pelajaran Pertahanan Awam yang merangkumi semua silibus Pertahanan Awam dan akan mendapat Sijil Latihan Kemahiran, Penyelamat, Medik dan Melawan Kebakaran.


Pada semester keempat iaitu semester terakhir dan SISPA telah tamat dengan jayanya, mereka akan mendapat Sijil Tamat SISPA.


Pelajar yang telah tamat 4 semester dengan jayanya akan meneruskan untuk menjadi anggota Pertahanan Awam di Unit SISPA. Mereka perlu bergiat aktif dalam mengikuti aktiviti-aktiviti SISPA dan menjalani Kursus Bakal Pegawai dengan jayanya dan akan dicadangkan untuk memegang pangkat Leftenan Muda.


Penilaian akan diadakan pada setiap akhir semester bagi melayakkan pelajar mendapat 1 jam kredit yang diiktiraf oleh IPTA/ IPTS.


Penilaian berterusan - 70%

Peperiksaan akhir - 30%

December 7, 2010

Search This Blog